Semarak: Ihya Ramadhan
Assalamualaikum Ahlan Wa Sahlan ya Ramadhan Mubarak. Selamat kembali wahai bulan penuh barakah. Sedia maklum hari ni dah masuk hari kelima kita berpuasa dan malam ni adalah malam ke-enam kita tunaikan solat tarawih. Tepuk dada tanya iman, dah berapa banyak juzuk yang kita baca dan dah berapa banyak amal ibadah yang kita laksanakan setakat ni. Bulan Ramadhan kali ni, aku nak pastikan lebih baik dari tahun lepas. Lebih terisi dengan amal ibadah ataupun tak keterlaluan. Kalau aku cakap Ramadhan kali ni biarlah yang terbaik sepanjang 20 tahun kehidupan aku. Seperti mana tajuk kat atas, 'Ihya Ramadhan'. Selari dengan hasrat dihati, untuk menghidupkan bulan Ramadhan kali ni. Penulisan aku bukan berunsur fiqh yang mengisahkan hukum-hakam dan syariat ketika berpuasa. Cuma yang aku nak kongsikan disini adalah keistimewaan bulan ramadhan. Supaya bila penulisan aku dibaca, sedikit sebanyak timbul ras...