Posts

Showing posts from 2012

Semarak: Ihya Ramadhan

Assalamualaikum       Ahlan Wa Sahlan ya Ramadhan Mubarak. Selamat kembali wahai bulan penuh barakah. Sedia maklum hari ni dah masuk hari kelima kita berpuasa dan malam ni adalah malam ke-enam kita tunaikan solat tarawih. Tepuk dada tanya iman, dah berapa banyak juzuk yang kita baca dan dah berapa banyak amal ibadah yang kita laksanakan setakat ni.       Bulan Ramadhan kali ni, aku nak pastikan lebih baik dari tahun lepas. Lebih terisi dengan amal ibadah ataupun tak keterlaluan. Kalau aku cakap Ramadhan kali ni biarlah yang terbaik sepanjang 20 tahun kehidupan aku. Seperti mana tajuk kat atas, 'Ihya Ramadhan'. Selari dengan hasrat dihati, untuk menghidupkan bulan Ramadhan kali ni.       Penulisan aku bukan berunsur fiqh yang mengisahkan hukum-hakam dan syariat ketika berpuasa. Cuma yang aku nak kongsikan disini adalah keistimewaan bulan ramadhan. Supaya bila penulisan aku dibaca, sedikit sebanyak timbul rasa kerugiaan dalam diri masing-masing. Alangkah aku termasuk dalam

Unik: Gigi 'Openbite'

Image
Assalamualaikum,      Apa itu 'openbite'? Openbite merujuk kepada pertumbuhan gigi abnormal. Keadaan yang berlaku apabila terdapat bukaan di barisan gigi hadapan walaupun barisan gigi belakang telah pun rapat. Dengan erti lain, gigi atas tidak bertemu gigi bawah. Ini bermaksud apabila orang yang ada openbite senyum, dia akan tersenyum dengan ruangan kosong antara gigi bawah dan atas. Terasa janggal kan kalau ada gigi macam ni?  Aku boleh kongsikan di sini, sebab...     Aku sebenarnya menghadapi masalah openbite ni. Dah lama aku perasan sejak aku sekolah menengah lagi. Puncanya aku sendiri tak pasti. Seingat aku mungkin waktu kecil-kecil dulu, aku suka sangat gigit pensil kayu. Entahla, ingat sedap sangat pensil kayu tu. Kalau dah kayu tu memang rasa kayu jugakla kan. Sedangkan kayu manis pun tak rasa manis. Inikan pula, kayu pensil Staedtler. Pesanan buat adik-adik di luar sana, pensil yang mak ayah beli sila guna untuk menulis ye. Bukan untuk cuba asah gigi bagi tajam dan