Unik: Gigi 'Openbite'

Assalamualaikum,

     Apa itu 'openbite'? Openbite merujuk kepada pertumbuhan gigi abnormal. Keadaan yang berlaku apabila terdapat bukaan di barisan gigi hadapan walaupun barisan gigi belakang telah pun rapat. Dengan erti lain, gigi atas tidak bertemu gigi bawah. Ini bermaksud apabila orang yang ada openbite senyum, dia akan tersenyum dengan ruangan kosong antara gigi bawah dan atas. Terasa janggal kan kalau ada gigi macam ni?  Aku boleh kongsikan di sini, sebab...

    Aku sebenarnya menghadapi masalah openbite ni. Dah lama aku perasan sejak aku sekolah menengah lagi. Puncanya aku sendiri tak pasti. Seingat aku mungkin waktu kecil-kecil dulu, aku suka sangat gigit pensil kayu. Entahla, ingat sedap sangat pensil kayu tu. Kalau dah kayu tu memang rasa kayu jugakla kan. Sedangkan kayu manis pun tak rasa manis. Inikan pula, kayu pensil Staedtler. Pesanan buat adik-adik di luar sana, pensil yang mak ayah beli sila guna untuk menulis ye. Bukan untuk cuba asah gigi bagi tajam dan kuat macam Beaver.

Si beaver ni memang suka gigit kayu
 
Disebabkan openbite, gigi aku tumbuh menghala ke luar sikit (seolah-olah terbuka). Ataupun lebih mudah nak bayang, macam gigi drakula palsu. Bila ada gigi macam ni, yang aku sangat tertekan adalah waktu nak makan burger. Percayalah, burger adalah musuh ketat untuk pemilik gigi macam ni. Bila orang macam kami makan burger, daging burger tidak akan terusik bila digigit. Setiap kali makan, hanya roti sahaja yang kami dapat. Tu pun kalau nasib baik dapatla gigit sekali dengan sayur. Aduh, hilang nikmat makan burger.

Macam mana daging burger nak putus macam ni? 
   
 Openbite mungkin boleh dibetulkan dengan memakai bracers. Namun dengan bracers pun, kesannya tidak kekal lama. Jadi adalah lebih baik tak pasang kan? Aku bersyukur dengan apa yang ada. Inilah kurnian tuhan, inilah sebahagian dari identiti aku. Buat pembaca yang mungkin ada openbite, jangan sedih sebab burger boleh juga makan atas pinggan!

Sekian, Assalamualaikum

Comments

  1. amboi..dah limaploh tahun tak update..hukhukhuk

    ReplyDelete
  2. hak2, stelah sekian lama..bgus2, ad jgak yg sudi lawat kn
    rasa terharu la plak..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

You Are Within Shouting Distance