Semarak: Ihya Ramadhan

Assalamualaikum

      Ahlan Wa Sahlan ya Ramadhan Mubarak. Selamat kembali wahai bulan penuh barakah. Sedia maklum hari ni dah masuk hari kelima kita berpuasa dan malam ni adalah malam ke-enam kita tunaikan solat tarawih. Tepuk dada tanya iman, dah berapa banyak juzuk yang kita baca dan dah berapa banyak amal ibadah yang kita laksanakan setakat ni.

      Bulan Ramadhan kali ni, aku nak pastikan lebih baik dari tahun lepas. Lebih terisi dengan amal ibadah ataupun tak keterlaluan. Kalau aku cakap Ramadhan kali ni biarlah yang terbaik sepanjang 20 tahun kehidupan aku. Seperti mana tajuk kat atas, 'Ihya Ramadhan'. Selari dengan hasrat dihati, untuk menghidupkan bulan Ramadhan kali ni.

      Penulisan aku bukan berunsur fiqh yang mengisahkan hukum-hakam dan syariat ketika berpuasa. Cuma yang aku nak kongsikan disini adalah keistimewaan bulan ramadhan. Supaya bila penulisan aku dibaca, sedikit sebanyak timbul rasa kerugiaan dalam diri masing-masing. Alangkah aku termasuk dalam manusia yang merugikan, aku tidak menghayati bulan ramadhan sebenar-benarnya.

Fadilat Ramadhan-

      Abu Hurairah telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda tentang Ramadhan "Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya dosa yang telah lalu" -Riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e, Malik, Ahmad dan Baihaqi.

Hazrat Salman r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepada kami pada hari terakhir dari bulan Sya’aban: Wahai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati. Satu bulan yang terdapat di dalamnya satu malam ( Lailatul- Qadr ) yang lebih baik daripada seribu bulan. Satu bulan yang Allah s.w.t. telah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai satu amalan fardhu dan berdiri pada malamnya ( bertarawih ) sebagai satu amalan sunat. Sesiapa yang cuba menghampiri Allah padanya dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seorang yang telah menunaikan satu fardhu pada bulan-bulan yang lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardhu di dalamnya adalah seumpama seseorang yang menunaikan 70 fardhu pada bulan-bulan lain.

Begitupun fadilat muslimin wa muslimat yang berpuasa, segala amalan ketika berpuasa itu sendiri ditentukan Allah 'Azza wa Jalla. Ini menunjukkan ibadah puasa sangat tinggi nilainya di sisi Allah s.w.t. 

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

          Allah s.w.t  berfirman:  Semua amal perbuatan anak Adam (manusia) itu bagi dirinya sendiri kecuali puasa.  Sesungguhnya puasa itu untukKu dan Aku yang akan membalasnya.  Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak.  Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata:  “Sesungguhnya aku sedang berpuasa”.  Demi Dzat yang jiwa Muhammad berada dalam genggamanNya, sungguh bau mulut orang yang berpuasa itu di sisi Allah lebih harum dari bau minyak kasturi.  Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan iaitu gembira ketika ia berbuka dan gembira ketika ia menghadap Tuhannya kerana besar pahala puasa (HR Bukhari & Muslim) 

    Banyak hikmah yang dapat kita peroleh dari kalam-kalam mulia diatas. Semoga penulisan sempena Ramadhan ini dapat sedikit sebanyak membuka minda, iman dan roh kita untuk sama-sama mengejar dalam melakukan amal ibadah di bulan yang mulia ini.  

     Pendek kata jangan tempatkan diri kita dalam kalangan orang yang rugi. Hanya sekadar menahan lapar dan dahaga, sahur dan kemudian berbuka. Sebaliknya, mari sama-sama kita menghidupkan Ramadhan kali ini dan moga sama-sama kita mendapat tempat, kasih, barakah dan redha dariNya.

Sekian
Assalamualaikum

Sumber penulisan dari- muzir.wordpress.com dan iloveislam.com

Comments

  1. alhamdulillah
    syukran
    jgn biarkan ramadhan berlalu saja..isilah ia dengan sebaiknya
    i'ALLAH

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Unik: Gigi 'Openbite'

You Are Within Shouting Distance